RSS

Pakaian Tradisional India : Sari

PAKAIAN TRADISIONAL INDIA SARI




Di kalangan kaum India, seorang gadis mula-mula memakaI sari apabila dia meninggalkan alam kanak-kanak dan memasuki alam remaja pada usia sekitar 12 tahun. Pemakaian sari pada kali pertama ini melambangkan pengiktirafan masyarakat terhadap gadis berkenaan sebagai sudah “dewasa”. kain sari itu sendiri yang panjangnya sekitar enam meter, dan blaus pendek (sering disebut coli sahaja).



Tidak kurang penting juga adalah barang perhiasan diri seperti rantai, gelang tangan, gelang kaki dan sebagainya. Wanita India memakai perhiasan diri pada setiap anggota badan yang terdedah pada pandangan umum.
Sama ada disedari atau tidak, sari berfungsi sebagai media komunikasi tanpa lisan. Mesej tertentu berupaya disampaikan oleh pemakai sari berdasarkan warna dan corak kain, cara pemakaian, jenis kain dan tempat sari dipakai. Warna blaus, fesyen blaus dan corak blaus juga mempunyai pengertian tersirat. Secara konvensional, sari putih melambangkan pemakainya adalah seorang balu. Tidak dapat dipastikan mengapa, tetapi imej itu sudah sebati dengan golongan balu. Si pemakainya secara automatis dianggap golongan yang sudah merasai segala nikmat dan derita hidup, dan kini menunggu masa untuk kembali menemui Tuhan.


Di kalangan masyarakat India yang beragama Kristian pula, wanita yang kematian suami memakai sari hitam semasa majlis pengebumian.


Secara tradisional, setiap keturunan dan golongan sosial dalam masyarakat India mempunyai cara pemakaian sari yang tersendiri. Golongan Brahmin misalnya mengikat sari dengan cara yang khusus. Golongan bawahan yang bekerja di sawah, ladang atau memcuci pakaian (dobi) memakai sari hingga ke paras lutut; sesuai dengan jenis pekerjaan yang dilakukan. Jadi cara pemakaian sari turut menunjukkan status sosial dalam masyarakat mengikut jenis pekerjaan.

Para pereka mencipta fesyen dan pemakaian sari secara moden. Dengan ini, cara memakai sari juga turut mengalami perubahan mengikut peredaran zaman. Cara pemakaian sari dikatakan boleh menggambarkan peribadi seseorang. Sari yang dipakai ketat sehingga menampakkan susuk tubuh menunjukkan bahawa si pemakai berani dan berbangga dengan bentuk tuduhnya; lalu mahu ditayangkannya kepada umum. Sekiranya selendang digunakan untuk menutup kepala serta bahagian pinggang tidak banyak terdedah, si pemakai mungkin malu dengan bentuk tubuhnya atau semata-mata tidak mahu “mempertontonkan” tubuhnya kepada umum.

Sari daripada benang sutera dipakai oleh wanita yang lebih berada berbanding sari kain nilon atau kain kapas. Kanchipuram dan Banares (negara India) adalah antara jenis sari kain sutera yang bermutu tinggi serta mahal harganya; bergantung kepada kualiti dan seni tenunan. Yang nyata, selain fungsi asas sebagai pakaian yang melindungi badan, sari juga berupaya menyalurkan pelbagai mesej dan maklumat kepada orang ramai yang memperhatikan si pemakai. Selain sari terdapat juga pakaian tradisional lain bagi kaum wanita iaitu salwar kameez.Walaupun pakaian ini sebenarnya berasal daripada orang Punjabi namun kaum India juga biasa memakai pakaian ini.


                             

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

naga said...

Bagus sekali Info tentang sari ni. Terimakasih. Naga dapat ilmu dari sini.

Bisnis Online Blog said...

Sangat Amazing sekali.dapat info di sini ilmu baru ^_^

di tunggu follownya

Post a Comment