Penjagaan Kereta Yang Rapi
Anda juga boleh menguji sistem brek dan membersihkan penapis udara kenderaan supaya sentiasa bersih.
Panaskan enjin selama 10 minit sebelum memulakan perjalanan.
Biasakan diri mendengar bunyi enjin. Ia melatih anda mengesan bunyi ganjil pada enjin dan ia membantu mengesan masalah pada bahagian.
Setiap minggu luangkan masa memeriksa bahagian keselamatan kenderaan seperti sistem brek dengan menguji pelapik brek supaya ia tidak haus.
Anda juga boleh memeriksa sistem penyaman udara serta cecair pada enjin kenderaan seperti minyak pelincir, air radiator, minyak brek dan pencuci cermin.
Untuk memastikan cat kenderaan tidak pudar, luangkan sedikit masa membasuh atau menghantarnya untuk dicuci serta dikilatkan supaya cat kenderaan tidak makan USIA.
Setiap bulan periksa tekanan udara pada tayar anda. Ia penting bagi memastikan kenderaan dipandu stabil dengan penggunaan tekanan yang betul.
Tayar kekurangan tekanan udara menyebabkan kenderaan berat pada stereng atau boleh mengakibatkan kebocoran. Ia juga boleh memberi kesan terhadap bunga tayar jika kekurangan tekanan udara.
4 comments:
nak pekse tayar keta, sbb cam smthing wrong, tpi xde yg nak tmankan. huhu
suami kiter cakap... cuba la buat allignment kat tayar tu.. akhir sekali jika tak jadi jugak... jeng3.. tukar la kereta baru.. hehehe
info yg bagus Best la...Nice blog and good writing, continue and keep up a good work, sesekali boleh lepak kat blog saya korean fashion malaysia online / online shopping blog. have a nice day
terima kasih korean style online, have a nice day too... i follow you nanti yea...
Post a Comment