Bahan-bahan (12-15 biji )
- 500 gram tepung gandum
- 3 sudu besar gula
- 6 sudu besar minyak masak
- 1/2 peket mauripan instant yeast
- 1 sudu teh garam
- air secukupnya
Cara-cara membuatnya:
- Satukan tepung,gula,garam,minyak dan mauripan dalam bekas.
- Gaul bahan tadi sebati.
- Uli campuran bahan - bahan tadi dengan air,sedikit demi sedikit sehinga tidak melekit.
- Biarkan doh tadi naik selama 10 minit atau dua kali dari saiz asal.
- Buat doh yang lebih kecil untuk diisi dengan inti.
- (Pastikan saiznya kecil kerana bila dikukus nanti akan jadi lebih besar lagi.).
- Leperkan dan isikan dengan sebarang inti kesukaan anda. (disini
- Saya guna inti kacang merah,buat sendiri).
- Panaskan periuk untuk mengukus. Masukkan pau yang telah siap tadi sewaktu air dalam periuk sedang mendidih. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
- Pau ni sesui juga untuk digoreng.
0 comments:
Post a Comment