IKAN TALAPIA MASAK LEMAK CILI API 2-1
*Ikan warna merah dan hitam dan kuah warna kuning simbol bendera N.Sembilan
*2-1 simbol kemenangan N.Sembilan Juara Piala Malaysia 2011
BAHAN-BAHAN :
· 2 Ekor ikan Tilapia merah dan hitam saiz sederhana
(goreng dahulu dengan garam & kunyit. Boleh letak
lada hitam kalau nak kurangkan hanyir)
· 3 Ulas Bawang merah
· 3 ulas bawang putih
· 7 biji cili padi
· 1 batang serai di titik
· 2 cm halia di titik(tumbuk/blender dahulu bawang
merah, bawang putih dan cili)
· 100 ml Santan / susu segar
(Serbuk kunyit sikit untuk warna) CARA MEMBUATNYA :
1. Tumis bahan2 yang telah di tumbuk/blender tadi. Biarkan sampai kuning atau naik bau.
2. Masukkan halia dan serai dan tumis lagi sampai bau serai then masukkan ikan.
3. Last sekali masukkan santan. Biar sampai santan tu pecah minyak pon takpe. Kami suka dia pekat2. Ada setengah suka cair, maka bolehlah tambah air sikit..
4. Agak2 dh mula menggelegak, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama hirisan daun limau purut atau daun pegaga.
2 comments:
sis..halia dgn serai tue..lebih elok ditumbuk dulu or just masukkan jew??
halia dan serai tu lebih elok ditumbuk dulu n tumis sehingga naik bau..selamat mencuba nuriy arisa
Post a Comment