RSS

PETUA SUAMI KITER....TIPS BERHENTI MEROKOK

Kesihatan - Tips Berhenti Merokok


Tips Berhenti Merokok 12 M :


1. Melengah-lengahkan
  • Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar.
2. Menarik nafas panjang
  • Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan.
3. Minum air
  • Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein.
4. Menyibukkan diri
  • Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.
5. Menjauhkan diri
  • Jauhkan diri daripada orang yang merokok.
6. Mengelakkan diri
  • Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok.
7. Mengunyah sesuatu
  • Seperti gula-gula getah dan memakan buah-buahan. Elakkan sesuatu yang manis.
8. Membasuh tangan selalu
9. Mandi dengan kerap
10. Meregangkan otot
  • Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.
11. Meditasi
12. Memohon doa
  • Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhenti merokok.

Adakah saya kuat merokok? Adakah saya mengalami ketagihan rokok?
Anda boleh menentukan kebergantungan anda kepada tembakau dengan menjawab soalan-soalan di bawah.

Status kebergantungan.Ujian Modifikasi Fagerstrom untuk kebergantungan nikotin


1. Berapa lama anda menghisap rokok yang pertama selepas anda bangun dari tidur?
  • Dalam masa 5 minit (3 mata)
  • 5 hingga 30 minit (2 mata)
  • 31 hingga 60 minit (1 mata)
  • Selepas 60 minit (0 mata)
2. Adakah anda merasa sukar untuk tidak merokok di tempat larangan merokok seperti di gereja, sekolah, panggung wayang, perputakaan, dalam bas, di mahkamah atau di hospital?
  • Ya ( 1 mata)
  • Tidak ( 0 mata)
3. Waktu merokok manakah yang paling anda benci untuk berhenti, waktu merokok manakah yang anda  hargai?
  • Yang pertama di pagi hari ( 1 mata )
  • Sebarang masa ( 0 mata )
4. Berapa batang rokok anda hisap setiap hari?
  • 10 atau kurang ( 0 mata )
  • 11 hingga 20 ( 1 mata )
  • 21 hingga 30 ( 2 mata
  • 31 atau lebih ( 3 mata)
5. Adakah anda merokok lebih banyak dalam beberapa jam pertama selepas bangun tidur berbanding dengan waktu lain pada hari tersebut?
  • Ya ( 1 mata )
  • Tidak ( 0 mata
6.  Adakah anda masih merokok walaupun sakit dan berada di atas katil sepanjang hari, atau semasa mendapat selsema dan sukar untuk bernafas?
  • Ya ( 1 mata )
  • Tidak ( 0 mata )

Pemarkahan:
  • 7 hingga 10 mata = sangat bergantung
  • 4 hingga 6 mata = sederhana
  • Kurang dari 4 mata= minima
P/S : Silalah jawab dan komen sedikit-sebanyak di ruangan bawah untuk mengenali tahap tegar sifat/tabiat merokok anda....

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    1 comments:

    armouris said...

    lagi info tentang rokok di SIHAT SELALU - Berhenti Merokok Dengan Rokok Elektronik

    Post a Comment