RSS

Hot Recipes 5: Kuih Akok ala Chef Erra




Bahan-bahan ( 36 biji )
5 biji telur
200 ml pati santan
100 ml air
150 gram gula manisan (gula melaka)
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan- disiat-siat 
2 cubit garam halus 


Cara-cara

1.    Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
2.    Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
3.    Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
4. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Bie'z said...

my fav kuih ni! boleh try nanti kannn? :XD

ezzu said...

wah...bestnye..hehe

Erra Collections said...

cuba laa..mesti jadi punya, dah jadi tu nanti hantar2 la kat chef erra skit untuk dinilai,hahaha

Post a Comment