RSS

HOT RESEPI 11: OTAK-OTAK IKAN SERAMBI MAKKAH..

OTAK-OTAK IKAN



Bahan-bahan
6 ekor ikan selayang (ikut suka) diambil isinya sahaja
1/2 biji kelapa parut
      3 ulas bawang merah
1 ½  inci halia
Segenggam/seikat daun kesum dihiris halus
2 biji cili merah(cili besar)
1 biji telur ayam
garam dan gula secukup rasa



Cara-cara membuatnya:

Isi ikan yg telah diasingkan dari tulangnya ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mangkuk untuk diuli
Tumbuk halia,bawang merah dan kelapa parut dan campurkan ke dalam mangkuk isi ikan tadi
Masukkan cili merah yang dihiris.
Gaulkan kesemua bahan sehingga rata
Masukkan daun kesum yang dihiris halus ke dalam adunan dan terus gaul sehingga sebati
Tambahkan bahan perasa seperti garam dan gula secukupnya
Pecahkan telur ayam sehingga adunan boleh dibentuk
Bentukkan adunan menjadi bulat dan penyekkan seperti begedil sehingga selesai
Gorengkan ia sehingga berwarna kekuningan.
Sedia dihidangkan.
Boleh dimakan sahaja atau dimakan dengan nasi

P/S: Jika inginkan lebih banyak, gandakan adunan kepada sekilo ikan dan begitulah sebaliknya. Selamat Mencuba!





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment