RSS

PIALA MALAYSIA 2011 | Terengganu VS N.Sembilan..Mana PIlihan Juara ?

     PIALA MALAYSIA 2011     
Terengganu VS N.Sembilan
Mana PIlihan Juara ?

Pejam celik pejam celik, akhirnya malam ini, 29 Oktober 2011, Sabtu, kejohanan Piala Malaysia 2011 dah  sampai ke penghujung, yang mana setiap penyokong pasukan masing-masing sedang hitung hari menunggu tibanya perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 yang akhirnya bakal menemukan antara Terengganu VS Negeri Sembilan. Agak-agaknya keputusan Piala Malaysia 2011 kali ini, berpihak kepada pasukan yang mana satu?
Kalau di Malaysia, Piala Malaysia adalah satu kejohanan bola sepak yang sangat berprestij di negara Malaysia dan juga antara kejohanan yang tertua di rantau Asia dan perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 ini akan menutup tirai musim tahunan bola sepak negara.

Rekod Pertemuan


Terengganu menundukkan Selangor 2-1 dengan kelebihan agregat 4-1 sementara  Negeri Sembilan mengalahkan T-Team 2-1 dengan kelebihan agregat 6-3. Kalau ikut ramalan ramai sebelum ini, seperti dijangka Negeri Sembilan VS Terengganu yang bakal berentap dalam perlawanan akhir Piala Malaysia kali ini. Kami boleh katakan satu perlawanan final yang menarik dan keputusan Piala Malaysia 2011 yang sukar untuk dijangka….

Terengganu pun main cantik. Counter attack yang agak bijak dari bahagian midfield sehingga ke bahagian serangan. Kombinasi di antara ke atas.
Rentak konsisten Manaf Mamat dan corak permainan Joseph Kalang Tie serta sumbangan Ashaari Samsudin (silap-silap beliau boleh dapat pemain paling berharga 2011) dirasakan akan membantu Terengganu dalam final kali ini.
Manakala tandukan berbisa ayam tambatan Negeri Sembilan, kelibat Syukor Adan, larian S. Kunalan dan juga si kembar Aidil Zafuan & Zaquan Adha bakal bagi ancaman kepada Terengganu. Seorang lagi pemain yang boleh diberikan perhatian, Shahurain Abu Samah. Silap-silap K. Rajagopal boleh panggil untuk skuad kebangsaan selepas ini. Mungkin?

P/S : Chef Erra pilih N.Sembilan menang...2-1.Apa pandangan anda tentang ramalan keputusan Piala Malaysia 2011 kali ini? Sila taip di ruangan komen..yea! Siapa yang akan jadi juara?
Negeri Sembilan @ Terangganu?
Pilihan Juara Piala Malaysia 2011 Anda?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

Ungu Violet said...

majulah sukan untuk negara...hikhik

Amni Izyan said...

Peteh Ganu Peteh ! haha

♛ Aisya 사쿠라 said...

sy sokong skuad penyu!!

♥ MS ♥ said...

dua2 team fevret --"

Ayien Ocaca said...

sokong N9 :)

Erra Collections said...

tahniah buat pasukan negeri sembilan di atas kemenangan 2-1 semalam.. horrayyy..tak sangka ramalan Chef Erra semalam tu tepat... apapun,tahniah buat pasukan N9..

Post a Comment