RSS

Worldless Wednesday #7

Wordless Wednesday #7
Gambar untuk Rabu ini, 2 November 2011


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TAZKIRAH 11 : "Cara Mana Hendak Mengenal Orang Itu Baik." ..

"Cara Mana Hendak Mengenal Orang Itu Baik."




Setiap orang Islam itu tidak boleh diukur yang dia baik
waktu datang bersembahyang di masjid sahaja
Belum boleh diukur yang dia baik sering sembahyang berjemaah di rumah
Allah
Jangan lagi dilabelkan dia baik selalu naik haji dan buat umrah berulang
kali
Tasbih di tangan, wirid dan zikir tidak lekang
Kerana itu semuanya ibarat berladang, baru menanam pokok
Tidak semestinya menanam pokok, pokok itu berbuah lebat dan banyak
Tidak semestinya menanam pokok, mendapat hasil yang memuaskan
Orang yang beribadah tadi kita lihat dahulu di dalam pergaulannya,
bagaimana?!
Bagaimana sikapnya di dalam pergaulan mereka?
Mereka berkasih sayang atau tidak?
Mereka bertimbang rasa atau sebaliknya?!
Bagaimana dia menggunakan lidahnya?!
Mereka menyakiti orang? Menghina orang? Menfitnah orang?
Dengan orang miskin dan susah mereka menolong?
Atau buat tidak tahu sahaja kesusahan orang?!
Adakah mereka pemaaf? Meminta maaf, pemurah? Sabar dengan ujian?
Redha dengan takdir Tuhan?!
Mereka mengutamakan diri?! Atau mengutamakan orang lain?
Apakah mereka merasa susah dengan kesusahan orang?
Senang pula dengan kesenangan orang?
Kalau kita dapat menjawab dengan baik dan tepat,
memang kita kenal orang baik dan orang jahat
Ibadah mereka berbuah, orang yang ibadahnya berbuah itulah orang baik
Kalau ibadah sahaja banyak, tapi tidak berbuah, itu bukan orang soleh
Mengukur orang baik bukan dengan banyak ibadahnya
Tapi diukur berbuahkah ibadahnya?
Tinggikah peri kemanusiaannya oleh ibadahnya?!

Globes Mosquée

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hot Recipes 26: IKAN TALAPIA MASAK LEMAK CILI API 2-1




IKAN TALAPIA MASAK LEMAK CILI API 2-1

*Ikan warna merah dan hitam dan kuah warna kuning simbol bendera N.Sembilan
*2-1 simbol kemenangan N.Sembilan Juara Piala Malaysia 2011

BAHAN-BAHAN :


·         2 Ekor ikan Tilapia merah dan hitam saiz sederhana 
     (goreng dahulu dengan garam & kunyit. Boleh letak
     lada hitam kalau nak kurangkan hanyir)
·         3 Ulas Bawang merah
·        3 ulas bawang putih
·         7 biji cili padi
·         1 batang serai di titik
·         2 cm halia di titik(tumbuk/blender dahulu bawang
     merah, bawang putih dan cili)
·         100 ml Santan / susu segar
          (Serbuk kunyit sikit untuk warna) 



CARA MEMBUATNYA :

1.   Tumis bahan2 yang telah di tumbuk/blender tadi. Biarkan sampai kuning atau naik bau.
2.   Masukkan halia dan serai dan tumis lagi sampai bau serai then masukkan ikan.
3.   Last sekali masukkan santan. Biar sampai santan tu pecah minyak pon takpe. Kami suka dia pekat2. Ada setengah suka cair, maka bolehlah tambah air sikit..
4.   Agak2 dh mula menggelegak, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama hirisan daun limau purut atau daun pegaga.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    PIALA MALAYSIA 2011 | Terengganu VS N.Sembilan..Mana PIlihan Juara ?

         PIALA MALAYSIA 2011     
    Terengganu VS N.Sembilan
    Mana PIlihan Juara ?

    Pejam celik pejam celik, akhirnya malam ini, 29 Oktober 2011, Sabtu, kejohanan Piala Malaysia 2011 dah  sampai ke penghujung, yang mana setiap penyokong pasukan masing-masing sedang hitung hari menunggu tibanya perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 yang akhirnya bakal menemukan antara Terengganu VS Negeri Sembilan. Agak-agaknya keputusan Piala Malaysia 2011 kali ini, berpihak kepada pasukan yang mana satu?
    Kalau di Malaysia, Piala Malaysia adalah satu kejohanan bola sepak yang sangat berprestij di negara Malaysia dan juga antara kejohanan yang tertua di rantau Asia dan perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 ini akan menutup tirai musim tahunan bola sepak negara.

    Rekod Pertemuan


    Terengganu menundukkan Selangor 2-1 dengan kelebihan agregat 4-1 sementara  Negeri Sembilan mengalahkan T-Team 2-1 dengan kelebihan agregat 6-3. Kalau ikut ramalan ramai sebelum ini, seperti dijangka Negeri Sembilan VS Terengganu yang bakal berentap dalam perlawanan akhir Piala Malaysia kali ini. Kami boleh katakan satu perlawanan final yang menarik dan keputusan Piala Malaysia 2011 yang sukar untuk dijangka….

    Terengganu pun main cantik. Counter attack yang agak bijak dari bahagian midfield sehingga ke bahagian serangan. Kombinasi di antara ke atas.
    Rentak konsisten Manaf Mamat dan corak permainan Joseph Kalang Tie serta sumbangan Ashaari Samsudin (silap-silap beliau boleh dapat pemain paling berharga 2011) dirasakan akan membantu Terengganu dalam final kali ini.
    Manakala tandukan berbisa ayam tambatan Negeri Sembilan, kelibat Syukor Adan, larian S. Kunalan dan juga si kembar Aidil Zafuan & Zaquan Adha bakal bagi ancaman kepada Terengganu. Seorang lagi pemain yang boleh diberikan perhatian, Shahurain Abu Samah. Silap-silap K. Rajagopal boleh panggil untuk skuad kebangsaan selepas ini. Mungkin?

    P/S : Chef Erra pilih N.Sembilan menang...2-1.Apa pandangan anda tentang ramalan keputusan Piala Malaysia 2011 kali ini? Sila taip di ruangan komen..yea! Siapa yang akan jadi juara?
    Negeri Sembilan @ Terangganu?
    Pilihan Juara Piala Malaysia 2011 Anda?

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Hot Recipes 25: Apam Polkadot Bolasepak Final Piala Malaysia

    Apam Polkadot
    Bolasepak Final Piala Malaysia

    Bahan-bahan
    • 3 biji telur - dari peti sejuk
    • 275 gm tepung gandum
    • 220 gm gula halus - boleh kurangkan
    • 150gm susu segar
    • 3 sudu teh baking powder
    • 1 sudu kecil ovallete
    • Filling blueberry atau jem apa2 perasa secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
    • Pewarna ( hitam & putih mewakili bolasepak )

    Cara-cara
    1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
    2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
    3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
    4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
    5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
    6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan tadi.
    7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Hot Recipes 24: KEK MENTEGA MARBLE WARNA-WARNI JOM HEBOH...




    KEK MENTEGA MARBLE

    WARNA-WARNI JOM HEBOH






    Bahan-bahan:
    • 200 gm mentega...lembutkan pada suhu bilik
    • 200 gm gula
    • 5 biji telur
    • 250 gm tepung gandum
    • 1/2 sd teh soda bikarbonat
    • 1 sd teh baking powder
    • 1/4 sd teh garam
    • 1 sd besar air lemon
    • 1 sd teh ovalette
    • sedikit essen vanilla dlm 1/2 tutup botol dia


    Cara-cara:
    • Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik..ketepikan dulu/ayak terus ke dalam adunan telur dan mentega nanti
    • Pukul mentega bersama gula hingga kembang.Masukkan telur dan essen vanilla...pukul lagi sehingga kembang
    • Masukkan tepung yang diayak bersama sebuk penaik tadi bersama garam dan 1 sd teh ovalette
    • Pukul lagi hingga sebati
    • Sebelum itu panaskan oven anda selama 10-15 minit
    • Alas loyang pembakar dengan cooking sheet/sapu dengan sedikit minyak/marjerin pada dasar dalam loyang.
    • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan mengikut citarasa anda
    • Tuangkan 1 bahagian adunan ke dalam loyang, kemudian tuangkan 1 lagi adunan berlainan warna ke atasnya lakukannya berselang seli warna sehingga habis
    • Sedia dibakar pada suhu 170 C lebih kurang selama 35-40 minit

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Hot Recipes 23: Sotong Sumbat Bersiram Sos Versi Jom Heboh

    SOTONG SUMBAT BERSIRAM SOS
     VERSI JOM HEBOH
    BAHAN A (UNTUK SOTONG INTI)


    • 1kg sotong
    • 200gm beras pulut (kukus)
    • 1 helai daun kunyit



    BAHAN B (UNTUK SOS VERSI JOM HEBOH)

    • 400gm santan
    • 300gm sos cili
    • 200gm sos thai
    • 1 labu bawang besar
    • 4 ulas bawang putih
    • 3cm halia
    • 3cm kunyit
    • 4 biji buah keras
    • 2 batang serai
    • Sedikit garam dan gula



    CARA MEMBUAT



    1. Sotong dibersihkan dan sumbat pulut yang telah dikukus.
    2. Kisar bahan B dengan santan dan tuangkan dalam kuali.
    3. Kacau sehingga sosnya pekat,masukkan sotong yang disumbat
    4. dan diikuti dengan daun kunyit, 
    5. kacau hingga masak.
    6. Hidangkan di atas pinggan.

          


    Selamat Mencuba





    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    JOM HEBOH KELANTAN 2011 | 28 OKTOBER 2011

    JOM HEBOH KELANTAN 2011 | 28 OKTOBER 2011 | Kerajaan PAS Kelantan telah meluluskan permohonan Media Prima Berhad mengadakan Jom Heboh 2011 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di Kelantan (negeri tempat tinggal Chef Erra), selama dua hari bermula 
    28 Oktober ( iaitu hari ini ; Jumaat & Sabtu ). 
    Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata kelulusan itu diberikan selepas kerajaan negeri berpuas hati dengan penganjuran Jom Heboh di Kelantan pada 2009 yang memenuhi syarat ditetapkan

    Jom ramai-ramai kita hebohkan Jom Heboh. Mudah-mudahan program ni berjalan lancar...Insya-Allah.
    Jumpa anda di sanaaaaaaa...



    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS