RSS

TOLONG-MENOLONG..INGAT-MEMPERINGATI SESAMA KITA..

TOLONGLAH  INGATKAN  SAYA...
Tolong ingatkan saya,
Andai saya terlupakan Tuhan,
Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan saya,
Jangan jadi anak derhaka,
Mak ayah dilupa jangan,
Usah dilukai hati dan perasaan.

Tolong ingatkan saya,
Supaya ingat pesan guru,
Bukan sekadar peringatan,
Tapi tarbiyah berpanjangan.

Tolong ingatkan saya,
Dengarlah dan bacalah Al-Quran,
Tika radio penuh hiburan,
Tika televisyen penuh Hindustan.

Tolong ingatkan saya,
Di mana Islamnya zahirku,
Jika aurat didedahkan,
Diangkat, diketat, dan dijarangkan.

Tolong ingatkan saya,
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,
Sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan saya,
Kalau bercinta biarlah kerana-Nya,
Dalam memilih utamakan Iman,
Kekal ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan saya,
Hidup ini satu kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga di sana menjadi bekalan.

Tolong ingatkan saya,
Diri ini milik yang kuasa,
Kepada-Nya jiwa diserahkan,
Segalanya Dialah tumpuan.

P/s : bersamalah kita bermuhasabah diri dan merenung sejenak, apakah kita sudah sempurna??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment