RSS

SEKITAR PERKAHWINAN NABIL RAJA LAWAK & ZIRA



                       NABIL & ZIRA TELAH SAH BERGELAR SUAMI ISTERI



Hanya 2 kali lafaz, Ahmad Nabil Bin Ahmad, 28 atau lebih dikenali sebagai Nabil telah bergelar suami kepada Nazirah Binti Ayub, 23 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Majis Tuanku Zainal Abidin Putrajaya, tepat jam 5.16 petang tadi.
Nabil segak bergaya mengenakan persalinan Wazira Zainal telah dinikahkan oleh jurunikah merangkap pembantu imam Masjid Besar Putrajaya, Ustaz Muhd Redza Bin Ahmad dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran berjumlah RM15000.



Nabil menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan berkonsepkan Red Rhapsody iaitu sebentuk cincin, coklat Godiva, sepasang kasut Tods, sebuah PlayStation 3, sebuah iPad, senaskah Al-Quran, tepak sirih, buah-buahan & kek fonding. Manakala, Zira pula menerima sejumlah 7 dulang hantaran berkonsepkan White English Contemporary iaitu gabungan wang hantaran & sebentuk cincin, tepak sirih, sebuah Blackberry Playbook, kasut Stuart Weitzam, set wangian Laura Mercier, set alat solekan dan senaskah tafsir Al-Quran. Kesemua hantaran telah direka oleh Persada Embun.
Pasangan suami isteri ini akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi bertemakan Wonderland pada 2 Oktober nanti di Digital Park i-City, Seksyen 7, Shah Alam. Tahniah diucapkan kepada Nabil & Zira!


                        SEKITAR MAJLIS MALAM BERINAI NABIL & ZIRA






Malam tadi berlangsungnya majlis malam berinai untuk pasangan mempelai Nabil & Zira di rumah pengantin perempuan, Taman Sri Andalas Klang, Selangor. Mereka akan diijabkabulkan sekitar pukul 4 petang hari ini di Masjid Besi, Putrajaya.


GAMBAR SEKITAR PRA-PERKAHWINAN NABIL & ZIRA BERTEMAKAN WONDERLAND




Jom layan gambar di atas

sumber:  OH BULAN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Paradise Gal said...

cantik lagi irma hasmie.

Sam D. said...

Congratulations to both of them!

Post a Comment