RSS

Hot Recipes 28: NASI DAGANG STYLE KELATE..


KHAS UNTUK RAYA HAJI:
       NASI DAGANG STYLE KELATE


BAHAN-BAHAN:
  • 2 cawan beras pulut merah  
  • 1 tin(400ml) santan pekat 
  • 4 ulas bawang putih-dimayang 
  • 2 ulas bawang merah-dimayang 
  • 1cm halia - hiris kecil2 
  • 1 sudu kecil halba 
  • garam, gula 
CARA-CARA:

1. Bersih beras dan rendam semalaman 
2. Utk santan pekat guna 3/4 tin santan . Manakala santan cair ambik 1/4 tin santan dan ditambah 1/4 cawan air . 
3. Masak santan pekat bersama bawang, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama. 
4. Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair dan halba. Kukus semula sehingga nasi masak. 
5. Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit. 
6. Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol dan acar. 

NOTA:  Dari Chef Erra...jika anda kesuntukan masa, so lebih cepat kukus guna microwave...
 

RESEPI GULAI IKAN TONGKOL (Ikan Aya) 
  • 1 ekor ikan tongkol
  • 3 kpg asam keping 
  • 4 sm cili boh/lada kering - guna 3 sudu saja 
  • 1 biji kelapa - guna 1 pkt santan debu 
  • 3 biji cili merah/hijau -belah 2 memanjang/cili padi 
  • 2 cm gula merah 
  • garam secukupnya, 
  • minyak masak 
  • 2 sudu kerisik 
  • Tambah 2 sudu besar rempah gulai ikan-serbuk kari ikan pun boleh 
BAHAN2 KISAR 

  • 2 cm ketumbar 
  • 1 st jintan manis 
  • 1 st jintan putih 
  • 10 biji bawang merah 
  • 1 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia, 
  • 1 inci lengkuas, 
  • 1 inci kunyit 

CARA:


1. Ikan direbus dgn garam dan asam keping dgn sedikit air hingga kering. 
2. Tumiskan bahan dikisar sehingga wangi. Masukkan cili dan rempah yang dibancuh dgn sedikit air
2. Masukkan santan,gula merah dan garam. Kacau sehingga mendidih.
3. Apabila mendidih baru masukkan ikan dan kerisik, biarkan kuah agak pekat.
4. Sebelum diangkat masukkan cili merah/cili padi.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

h'zulproperty said...

very..very...very .... nice entry... and 4 da nasi dagang too... hahahahahaha... tapi boreh xdo.. ikan takdo...apo pon takdo... nak buek camno?? hahaha=D

Lily said...

Wah, nmpk sdp :D

Fieco said...

sedapnye. . . xjupe nasik dgang pon kat negeri org.. T_T

Post a Comment