RSS

Lauk-Pauk

 TOMYAM CAMPURAN


Bahan-bahan:
Ø 200g isi ayam - dipotong dadu
Ø 100g sotong – dipotong bulat
Ø 200g udang bersaiz sederhana – dibersih dan dibelah belakang
Ø 100g daging – dipotong nipis
Ø 1 batang lobak merah – dipotong bulat
Ø 100g bunga kubis – dipotong kecil
Ø 2 biji tomato – dipotong empat
Ø 3 helai daun limau purut
Ø 1 batang serai – dititik
Ø 1 camca besar pes tomyam
Ø 1 buku kiub perasa tomyam
Ø 4 tangkai cili api – diracik halus
Ø 6 cawan air
Ø 4 biji limau kasturi
Ø 1 biji bawang besar- dibelah empat
Ø 3 batang daun ketumbar – dihiris kasar
Ø garam secukup rasa
Ø air secukupnya


CARA-CARA MEMBUATNYA:
Ø Masukkan air, serai, daun limau purut, bawang dan kiub perasa tomyam.

Ø Biarkan mendidih sebelum dimasukkan ayam, daging,  udang dan sotong.
Ø Setelah elok masaknya barulah dimasukkan sayur-sayuran.
Ø Akhir sekali masukkan pes tomyam, perahan asam limau dan daun ketumbar.





AYAM GORENG BEREMPAH


Bahan-bahan:
  •  1 ekor ayam – di bersih dan di potong ikut citarasa
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 3 batang serai
  • 3 sudu cili boh
  • 2 camca teh serbuk kunyit
  • 1 camca besar serbuk cili
  • 1 camca besar rempah kurma
  • ½ sudu kecil serbuk jintan manis
  • ½ sudu kecil serbuk jintan putih
  • ½ sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2 sudu garam/secukup rasa
  • 1camca besar tepung gandum

Cara-cara membuatnya:


Kisarkan secara kasar kesemua bahan di atas kecuali tepung gandum.


 Lumurkan bahan perapan yang  telah dikisar tadi pada ayam dan sapukan tepung gandum tadi pada ayam.


Seeloknya diperap semalaman sebelum di goreng.




GULAI IKAN


Bahan-bahan:


·       2 ekor ikan kembung- (apa2 jenis ikan pun tak pe)
·       1cm lengkuas
·       1cm kunyit
·       1 sudu besar cili giling
·       1 keping asam gelugur/keeping
·       3-4 biiji bawang merah
·       1 ulas bawang putih
·       1 biji timun
·       3 biji lada hijau
·       1/2 biji kelapa-ambik santan

Cara-cara membuatnya:
          ·       Bersihkan ikan dan ketepikan.
·       Tumbuk lengkuas, kunyit, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam periuk yang ada santan. Masukkan juga asam gelugor. Masak sehingga santan mendidih.
·       Kemudian masukkan ikan. Biar sehingga ikan masak dan kuah sedikit pekat.
·       Masukkan pula timun yang di potong sepanjang 1- 1.5 cm dan juga lada hijau
·       Masakkan lagi dalam 3-4 minit. Kemudian padamkan api

         
                                                         



KEPAK AYAM BAKAR BEREMPAH


Bahan-bahan:


Ø 1 kilo kepak ayam
Ø 1 labu bawang besar
Ø 3 ulas bawang putih
Ø 1 inci halia
Ø 1 sudu makan serbuk jintan kasar
Ø 1 sudu makan serbuk jintan halus
Ø 1 sudu makan serbuk ketumbar
Ø 1 sudu makan serbuk kunyit
Ø 2 sudu makan gula
Ø 1 sudu makan kicap pekat
             garam secukup rasa 


Cara-cara membuatnya:

Ø Bersihkan kepak ayam dan toskan
Ø Bawang besar+bawang putih+halia diblend/tumbuk. Campurkan kesemua bahan yang lain bersama bahan yang telah diblend ke dalam mangkuk besar (yang boleh muatkan kesemua kepak ayam)
Ø Gaulkan kepak ayam ke dalam bancuhan bahan tadi
Ø Perap ayam seketika atau ikut lama yang disukai (makin lama makin                          sedap)
Ø Bakar kepak ayam dalam oven selama lebih kurang 45mins atau hingga     masak.





SUP TULANG RUSUK



Bahan-bahan:

1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)

3 biji bawang merah - dimayang halus
1 ulas bawang putih - dimayang halus
2 inci halia diketuk
1 sup bunjut
1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
bahan penumis : 5 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga, 1 btg kulit kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
3 biji ubi kentang
garam dan gula secukup rasa
1 btg celery jika suka
1 kiub pati ayam
air
bawang goreng dan daun sup

Cara-cara membuatnya: 

Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.

Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..

Masukkan rempah sup bunjut, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).

Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk.

Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS