RSS

Kehidupanku

Wahai hati tatkala kau sendirian,
Ada yang hadir memujukmu...
Wahai jantung hatiku tatkala kau kesedihan,
Ada yang datang menggembirakanmu...
Wahai penawar hatiku tatkala kau kegelisahan,
Ada yang rapat menenangkanmu...
Wahai permata hatiku tatkala kau kekesalan,
Ada yang berlari mendakapmu...
Wahai pemburu hatiku tatkala kau kesamaran,
Ada yang menyinari mencerahkan...
Wahai hati yang bercinta teruskanlah menangis,
Kerana dalam tangisan
Ada yang manis jadi senyuman...
Wahai Pemilik Hati Ya Allah...
Aku hanya insan biasa yang mencintaiMU,
Suburkanlah, siramilah,balutilah,
Selimutilah, hati ini...


   


Munajat…
Pasangan Suami & Isteri


Ya Allah Ya Tuhan kami,

Jadikanlah rumah tangga kami seindah rumahtangga milik Adam as dan Hawa as

Setabah jiwa Ibrahim as dan Hajar as

Sebahagia kehidupan Yusuf as dengan Zulaikah as

Setia sekata Sulaiman dan Balqis as

Sesuci ikatan Muhammad SAW dan Siti Khadijah as.Murahkanlah rezeki kami,

Panjangkanlah umur kami,

Dekatkanlah kami kepada kebaikan,

Jauhkanlah kami daripada segala keburukan,

Kurniakanlah kepada kami,

Zuriat yang soleh dan solehah lagi berilmu,

Serta kebahagian dan kesenangan di dunia dan akhirat.

Amin Ya Rabbal Alamin..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment