RSS

TAZKIRAH 7 : SUNNAH-SUNNAH RASULULLAH SAW..

Sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w


Al-Quran telah mengajar kita menjaga kesihatan dengan melakukan amalan seperti berikut:

Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak terkumpul. Kita boleh lihat orang yang mengamalkan mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insyaallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala  yang tidak dipenuhi  darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.



Dalam hadis Rasulullah ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai  di mana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Nabi mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemui bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur,(enzyme sejenis alat pencerna makanan,tanpanya makanan tidak hadam).

Sabda Nabi S.A.W. : “Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikan Insya-Allah, Allah akan menggandakan  10 kali kepadanya”.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment