RSS

Sama-sama Kita Saksikan...MasterChef Malaysia

Program Realiti MasterChef Malaysia

Pencarian bakat baru dalam program realiti hiburan berkonsepkan masakan yang bakal menemui anda di Malaysia, MasterChef Malaysia kini sudah pun berakhir. Ujibakat yang telah diadakan di lima lokasi dikhabarkan telah mendapat sambutan yang luar biasa!


Ujibakat yang diadakan di Pulau Pinang, Sabah, Johor, Terengganu dan Kuala Lumpur ini telah dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat yang ingin menonjolkan bakat dalam bidang memasak. Tahniah Chef Erra diucapkan kepada calon-calon yang telah terpilih untuk ke peringkat seterusnya. Kepada yang kurang bernasib baik, teruskan usaha anda dan jangan berhenti memasak. Mungkin anda atau Chef Erra pula yang bakal terpilih dalam musim seterusnya..hi..hi..hi


Seperti yang semua orang tahu bahawa program masakan realiti TV nombor satu di dunia iaitu Master Chef akan menemui anda tidak lama lagi. Tetapi kali ini dalam versi Malaysia dan dipanggil MasterChef Malaysia yang akan ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104) mulai 22 Oktober 2011 ini. Pastinya ramai penonton tidak sabar, samalah ngan Chef Erra untuk menanti detik debaran para peserta MasterChef Malaysia beraksi di dapur bagi merebut hadiah yang ditawarkan dan sekaligus merangkul gelaran “MasterChef Malaysia” yang pertama.

Program MasterChef Malaysia akan ke udara tidak lama lagi dan antara program yang disajikan adalah MasterChef TX yang akan mula ditayangkan pada 22 Oktober setiap hari Sabtu-Rabu jam 9 malam. Master Class pula akan disiarkan setiap hari jumaat jam 9 malam. Satu fenomena yang bakal membuatkan anda termasuklah Chef Erra terliur dan lapar apabila melihat MasterChef kita memasak nanti...TUNGGU....ZASSS...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment