RSS

Hot Recipes 7: DONUT MIDNIGHT..ala Chef Erra

DONUT


Bahan-bahan - 25 biji

3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
Secubit garam
4 sudu besar gula pasir 
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur

Cara-cara membuatnya:

Cairkan mentega dan ketepikan.

Gula,garam dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula  larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.

Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.

Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.

Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.

Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat.

Tabur dengan gula yang dimesin sedikit halus atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

rhm slzr said...

dah lama cari resipi donut... payah tau nak buat donut. sudu besar tu kak, sudu makan biasa ke?

Erra Collections said...

mudah je nak buat donut ni,ikut step yang chef erra buat kat atas tu..sudu besar tu adalah sudu makan biasa.. tak pi mengetam ke pagi2 cam ni? apapun, mesti cuba tau.. bila jadik tu, hantar sikit erk..hehehe.

Post a Comment