RSS

1 Oktober : Sambutan Hari Warga Tua di Malaysia...

Benarkah....
Benarkah warga tua ibarat permata yang tidak bernilai lagi? Mereka membebankan dan menimbulkan pelbagai masalah ataupun sebagai bahan terbuang yang sudah tidak berguna langsung?

Walaupun mulut pantas menyangkal kenyataan itu, hakikatnya sikap serta tanggapan masyarakat lebih menjurus mengiyakan kata-kata itu. Semuanya bahana terhakis nilai kemanusiaan dan kerapuhan nilai kekeluargaan serta kemasyarakatan.
Nilai murni dan keagamaan dalam kehidupan marcapada kini, berdepan dengan budaya mementingkan diri sendiri, materialistik, lupa diri dan jasa warga tua kepada pembangunan Negara, komuniti dan keluarga. Ada segelintir masyarakat terutamanya golongan muda menganggap, warga tua membebankan dan banyak karenah.
Jurang pemikiran berbeza antara orang tua dan muda mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka. Hal ini juga menyebabkan wujud rasa kurang hormat dan kepekaan terhadap rintihan dan kebajikan warga tua.
 Justeru, tidak hairanlah jika sambutan Hari Warga Tua pada setiap 1 Oktober di negara ini, tidak begitu dihiraukandan bukan sesuatuyang begitu bermakna untuk generasi muda. Mereka lupa suatu hari nanti, mereka jua kan menjadisebahagian daripada warga tua yang inginkanperhatian, dihormatiselalu dan tidak dipinggirkan....fikir-fikirkanlah...


Video Lagu Tema Hari Warga Tua




Lirik Lagu:   Hari Warga Tua
Warga tua teras masyarakat hidup lama
Penuh jasa setia pada negara
Didik anak dan cucu
Ke arah matlamat kita
Lama sudah kau hidup teruji
Penuh ranjau dan rintangan untuk
KemerdekaanKitalah pewarisnya
Di dalam negara bertuah
Korban jiwa untuk keluarga
Masyarakat dan juga nusa
Bagai obor dan pelita
Berkhidmat, berbakti, berjuang
Di mana jua berada
Wahai anak bunga bangsaku

Hargailah jasa ibumu
Patuhilah pesan ayah
Titah kasihnya di junjung
Di mana jua berada



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment