RSS

Dato' Ahmad Jais Telah Kembali Ke Rahmatullah

Dato Ahmad Jais telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi 
- Al Fatihah -

Seniman Datuk Ahmad Jais meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam pada 9.19 pagi tadi setelah dimasukkan ke Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) Shah Alam pada 1 Oktober lalu.
Beliau dikatakan mengalami sesak nafas dan telah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi biarpun dilaporkan sudah kembali stabil dan beransur pulih selepas seminggu dimasukkan ke DEMC dan beliau dikunjungi sanak saudara dan kenalan artis termasuk Datuk A Rahman Hassan.
Jenazah beliau akan dibawa ke Masjid Shah Alam untuk dimandikan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam sebelum Zohor.
Allahyarham Ahmad Jais meninggalkan lima orang anak dan isterinya Mas Halilah Mas Nayeem telah meninggal dunia pada 22 Jun 2009.
Ahmad Jais merupakan salah seorang penyanyi penyanyi irama pop yeh yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Gelisah & Budi Setahun Segunung Intan amat sinonim dengan peribadi Dato Ahmad Jais dimana lagu-lagu ini sering menjadi nostalgia kepada para peminatnya yang kini berusia lewat 40-an.
Memulakan karier seninya pada tahun 1959, sehingga kini Ahmad Jais sudah merakamkan lebih 100 lagu dalam 15 album, kebanyakannya dalam bentuk EP dan LP. Difahamkan, Ahmad Jais pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Separa Rapi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) akibat mengalami sesak nafas, lewat September lalu.
Yang pasti, pemergian Ahmad Jais merupakan satu kehilangan besar buat negara. Al-Fatihah.
Salam takziah buat keluarga Datuk Ahmad Jais daripada Chef Erra, semoga rohnya dicucuri rahmat daripada Allah S.W.T.

SUMBER:Manggaonlinehttp://manggaonline.com.my/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment