RSS

Arghh...jadi...tak jadi...jadi...??


TAK MENJADI...

Pada siapa ingin ku luahkan perasaanku tika ini?? Arghh...Nak Tanya la.. Emm.. siapa boleh bantu dan bagitau aku bagaimana cara-cara nak kuruskan badan agar mencapai berat badan yang ku inginkan..
Aku kini dalam dilemma di sebabkan masalah berat badan ku ini.. bermacam-macam cara dah aku buat untuk turunkan berat badan aku ni tapi tak de satu pun yang menunjukkan hasil..

Ni antara produk telah aku cuba:
  • Jus Mate 5 Herba Prima
  • I cover & bodylift dari set Biodex
  • RX Lite
  • Lax 5
  • SD2
Semua Produk yang aku cuba ni semuanya mahal2 la harganya tapi tak de satu pun yang menjadi dengan aku, heran jugak.. padahal aku memang ikut segala aturannya dan berdiet dangan betul.. emm, kesian kat perut aku ni kerana sentiasa menjadi bahan uji kaji ngan produ-produk ni..

dan pernah gak satu kali tu aku cuba dapatkan rawatan di pusat palangsingan badan ngan salah sebuah pusat pelangsingan di Kota Bharu ni.. sekarang ni dah banyak pusat pelangsingan badan di buka di Kota Bharu  ni..

ok berbalik pada citer ni tadi, setelah aku dan hubby servey2 tempat pelangsingan ni, terjumpalah satu tempat ni(lupe lak namanya)..aku tertarik la ngan promosi dan harganya..oleh kerana perasaanku waktu tu membuak-buak ingin kurus, tanpa berfikir panjang lalu aku membuat temujanji dan membayar keseluruhan harganya.. katanya masa yang diambil untuk satu-satu rawatan dalam 1 jam gitu la untuk satu hari dan perlu diulang selama 10 kali rawatan..

keesokannya, dengan semangatnya aku pergi la buat treatment yang disyorkan tu, masa dalam treatment tu hanya Allah saja yang tahu macamana perasaan ku tika tu, rawatan tu betul2 menyakitkan dan tak begitu selesa la..

selesai habis rawatan tu aku pun balik rumah la dengan hubby ku.. tetiba je bahagian perut ku sakit sangat dan alangkah terkezzutnya aku bila dapati bahagian perut aku jadi lebam.. terus aku tefon tempat pelangsingan tadi dan beritahu yang aku dah tak nak buat rawatan tu lagi.. dia bagitau la yang duit rawatan yang aku bayar untuk 10 treatmeant tu akan burn la.. dan dia mencadangkan aku untuk buat facial pada muka bagi menggantikan rawatan sebabnya dia dah  tak boleh  nak return balik duit tu..

oleh kerana aku pun tak nak la gaduh-gaduh, aku biarkan je la duit tu melayang pergi.. (yang sedey nya, ribuan jugak la duit hubby ku melayang bg membeli produk2 ni) untuk wife kesayangan dia..huhuhu

Sekarang ni plak bila dapat tahu Pusat Pelangsingan badan terkenal iaitu Slim Word dah ada cawangan  di Kota Bharu, cepat-cepat aku buat temujanji dan mintak pandangan serta cadangan tentang masalah berat badan aku ni.. Katanya untuk menurunkan berat badan aku ni kiranya mengambil masa 5 bulan gak la kalau buat treatment ngan dia.. huii lamanya.. ye la kan kalau fikir logiknya aku kumpul lemak ni pun hampir 5 tahun gak la takkan dalam masa sebulan dua dah boleh kurus..huhuhu.

So, aku tanya lak harganya.. makkk aaiiii.. dalam RM7,800 gitu la.. di sebabkan terkezzut, aku mintak nak pikir la dulu.. sampai loni pun masih berpikir lagi..hehe.

Apapun, Thanks buat encik suami ku kerana memahami hatiku dan tak jemu2 mencari produk-produk buat isterimu ini..(terharu) Lagipun nawaitu aku untuk kuruskan badan bukan untuk berrgaya tapi hanya untuk tujuan kesihatan semata-mata.. dengan berat badan sekarang ni la aku sentiasa jatuh sakit dan tak boleh buat kerja2 berat..huhuhu

Langkah terbaekk sekarang ni ialah aku perlu la menjaga pemakanan harian... Almaklum la, aku ni suka sangat bab2 masak ni.. semua nak makan.. nak kata bersenam tu(memang tak de la pulak)..hehehe..
Aiikk, panjang la plak entri bebelanku ni.. So, moral of the story-mory ni ialah... beringatlah bahawa “makan hanya bila perlu dan bukan hidup untuk makan”.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment