RSS

Puisi Hati


HATI

Hati…
Anugerah simbolik
Penghargaan yang cukup bererti
Pengurniaan yang teragung

Hati…
Wujudmu mengundang seribu satu tanda Tanya
Untuk apa ? Adakah untuk menagih simpati ?
Mengapa kau mahu berkuasa ? Bermaharajalela ?
Kerajaan ‘INSAN’ telah kau takluki

Hati...
Kau ganas...
Adat duniawi telah kau lampaui
Fitrah manusia kau nafikan
Pastinya permintaanmu tidak direstui azali
Pastinya tangisanmu tidak diendahkan Illahi
Tapi...mengapa kau tetap mengganas ?
Meruntuhkan tembok akhlak
Membakar petempatan akal
Lantas…keganasan ini membuak-buak

Hati…
Hakikatnya…
Pemerintahmu adalah ALLAH S.W.T
Kehidupanmu adalah AD-DIN AL-ISLAM
Kediamanmu adalah RUKUN ISLAM
Mandianmu adalah siraman haruman AN-NUR
Hidanganmu adalah halwa IMAN
Tamanmu adalah KEPERIBADIAN BERMARUAH
Dan hiburanmu adalah ZIKIR



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment