RSS

Musnah dek Ribut...Mungkin ini Tandanya


2012 Dunia Berakhir.....Siapa  Tahu

           2012 dunia berakhir?...siapa tahu ( petikan kata-kata iklan Syampu yang sentiasa disiarkan di televisyen )... Terkini di Terengganu, 27 September 2011,  ribut dan  hujan yang lebat telah melanda sebahagian kawasan di Bandar raya itu pada malamnya telah memusnahkan pelbagai harta benda membabitkan premis perniagaan dan rumah selain pokok tumbang memhempap kenderaan. 
       



Ribut di Terengganu, 27 September 2011


         Malah, dalam kejadian ribut kira-kira jam 8.50 malam itu turut menyebabkan perlawanan bolasepak Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, yang menyaksikan pertembungan Terengganu dan Negeri Sembilan terpaksa ditangguhkan kira-kira 50 minit selepas Sembilan minit sepak mula berlangsung.

        Mungkin ada hikmahnya di sebalik semua kejadian ini...Manusia mula ingkar perintah dan suruhan Allah...Hawa nafsu, hasad-dengki, sifat amarah, perbalahan-pertengkaran bermaharajalela dan menjadi hidangan biasa setiap hari di dada-dada akhbar. Adakah tidak cukup dengan peristiwa Tsunami yang telah melanda kita?
       


          Aurat tidak terjaga, pergaulan bebas diamalkan antara lelaki perempuan, penipuan menjadi pegangan dalam urusan perniagaan, ibubapa dah kalah dengan anak-anak,kalau dulu, ‘Sayang Anak Ditangan-tangankan’ tapi kini ‘Sayang Anak Kini Ditatang-tatangkan’...Mungkinkah ini petandanya dunia di akhir zaman.. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment