RSS

Kasih Ibu Kasih Sejati,Kasih Yang Tiada Galang Ganti..

      SELAMILAH KISAH INI...


Si ibu merangkak dari tepi sebelum 
menyambar anaknya yang hampir jatuh

Ibunya tiba di tebing lurah itu bersama tiga
singa betina yang lain dan seekor singa jantan

Ibu singa ditebing lurah sementara
anaknya dibawah

Si ibu merangkak dari tepi sebelum menyambar 
anaknya yang hampir jatuh

Ibu singa menggonggong anaknya naik
ke atas semula

Si anak dijilat ibunya selepas berjaya
diselamatkan.

 Kasih Ibu Selamatkan Anak...
Episod di atas telah dipaparkan dalam akhbar harian metro, selasa, 27 september 2011.
Dalam keadaan nyawanya terancam selepas jatuh di lurah yang curam, anak singa ini mengharapkan bantuan yang dapat menyelamatkannya daripada maut.

Ibunya tiba di tebing lurah itu dengan tiga singa betina dan seekor jantan. Keempat-empat singa betina itu meninjau ke bawah tetapi berundur kerana bimmbang dengan kecuraman lurah itu. Akhirnya, satu-satunya faktor yang menentukan siapa diantara mereka yang sanggup menggadai nyawa untuk menyelamatkan anak singa malang itu ialah kasih sayang ibu.

Dengan perlahan dan penuh dengan kesukaran,singa berkenaan menuruni bukit, menuju kearah si anak, menggunakan kukunya yang kuat untuk mencengkam tebing yang curam itu. Andai kata dia tergelincir, ibu dan anak singa iti pasti terjatuh ke dalam gaung dan mati.

Ketika anak singa itu yang keletihan hampir jatuh, si ibu mengelilinginya dari bawah dan menyambar  dengan rahangnya. Ibu singa itu kemudian memulakan pendakian yang sama mencabar. Beberapa minit selepas itu, mereka tiba di atas dan dia mententeramkan si anak yang kelihatan masih ketakutan dengan menjilat kepalanya.

Gerakan menyelamat itu yang dirakam oleh jurugambar hidupan liar, Jean-Francois Largot, di Taman Hidupan Liar Masai Mara, Kenya... sungguh-sungguh menyedarkan kita sebagai manusia yang marcapada (masa kini) begitu jauh dari sifat sayang-menyayangi dan kasih-mengasihi terutama dalam konteks hubungan kekeluargaan antara ibu-anak, adik-beradik, sedara-mara, 
jiran-tetangga.

 Tidak melampau jika Chef Erra nyatakan di sini, manusia telah lama melupakan sifat fitrahnya
sebagai manusia yang ingin dikasih dan mengasihi, malah mengambil-alih sifat binatang, sementara
binatang pula dilihat lebih matang dan mengerti tentang erti kemanusiaan....
PELIK TAPI BENAR
     

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment