RSS

SEKITAR PERKAHWINAN NABIL RAJA LAWAK & ZIRA



                       NABIL & ZIRA TELAH SAH BERGELAR SUAMI ISTERI



Hanya 2 kali lafaz, Ahmad Nabil Bin Ahmad, 28 atau lebih dikenali sebagai Nabil telah bergelar suami kepada Nazirah Binti Ayub, 23 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Majis Tuanku Zainal Abidin Putrajaya, tepat jam 5.16 petang tadi.
Nabil segak bergaya mengenakan persalinan Wazira Zainal telah dinikahkan oleh jurunikah merangkap pembantu imam Masjid Besar Putrajaya, Ustaz Muhd Redza Bin Ahmad dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran berjumlah RM15000.



Nabil menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan berkonsepkan Red Rhapsody iaitu sebentuk cincin, coklat Godiva, sepasang kasut Tods, sebuah PlayStation 3, sebuah iPad, senaskah Al-Quran, tepak sirih, buah-buahan & kek fonding. Manakala, Zira pula menerima sejumlah 7 dulang hantaran berkonsepkan White English Contemporary iaitu gabungan wang hantaran & sebentuk cincin, tepak sirih, sebuah Blackberry Playbook, kasut Stuart Weitzam, set wangian Laura Mercier, set alat solekan dan senaskah tafsir Al-Quran. Kesemua hantaran telah direka oleh Persada Embun.
Pasangan suami isteri ini akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi bertemakan Wonderland pada 2 Oktober nanti di Digital Park i-City, Seksyen 7, Shah Alam. Tahniah diucapkan kepada Nabil & Zira!


                        SEKITAR MAJLIS MALAM BERINAI NABIL & ZIRA






Malam tadi berlangsungnya majlis malam berinai untuk pasangan mempelai Nabil & Zira di rumah pengantin perempuan, Taman Sri Andalas Klang, Selangor. Mereka akan diijabkabulkan sekitar pukul 4 petang hari ini di Masjid Besi, Putrajaya.


GAMBAR SEKITAR PRA-PERKAHWINAN NABIL & ZIRA BERTEMAKAN WONDERLAND




Jom layan gambar di atas

sumber:  OH BULAN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tazkirah 1 : Hari Jumaat Sunat Memotong Kuku

RAHSIA MEMOTONG KUKU


Jom belajar pasal Rahsia Memotong Kuku mengikut Sunah Rasulullah SAW.

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Kredit kepada Forum Sepaku.net

Daripada ayat di atas kita boleh rumuskan yang hari afdal memotong kuku ialah pada Isnin Khamis & Jumaat.








Aturan dari kuku mana kita patut potong dulu.



Sama-samalah kita mengamalkannya...Chef Erra pun nak potong kuku ni..Wassalam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

IBU...BEGITU BESAR PENGORBANANMU..


Kasihnya ibu berkorban nyawa





Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.



Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai
 wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.


Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit,

"Ada bayi di sini!!!"



Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.




Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip... 

SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU


Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh...

SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU




Rasai dan hayatilah begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!Jangan lupa untuk berkongsi kisah ini ye teman2...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Musnah dek Ribut...Mungkin ini Tandanya


2012 Dunia Berakhir.....Siapa  Tahu

           2012 dunia berakhir?...siapa tahu ( petikan kata-kata iklan Syampu yang sentiasa disiarkan di televisyen )... Terkini di Terengganu, 27 September 2011,  ribut dan  hujan yang lebat telah melanda sebahagian kawasan di Bandar raya itu pada malamnya telah memusnahkan pelbagai harta benda membabitkan premis perniagaan dan rumah selain pokok tumbang memhempap kenderaan. 
       



Ribut di Terengganu, 27 September 2011


         Malah, dalam kejadian ribut kira-kira jam 8.50 malam itu turut menyebabkan perlawanan bolasepak Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, yang menyaksikan pertembungan Terengganu dan Negeri Sembilan terpaksa ditangguhkan kira-kira 50 minit selepas Sembilan minit sepak mula berlangsung.

        Mungkin ada hikmahnya di sebalik semua kejadian ini...Manusia mula ingkar perintah dan suruhan Allah...Hawa nafsu, hasad-dengki, sifat amarah, perbalahan-pertengkaran bermaharajalela dan menjadi hidangan biasa setiap hari di dada-dada akhbar. Adakah tidak cukup dengan peristiwa Tsunami yang telah melanda kita?
       


          Aurat tidak terjaga, pergaulan bebas diamalkan antara lelaki perempuan, penipuan menjadi pegangan dalam urusan perniagaan, ibubapa dah kalah dengan anak-anak,kalau dulu, ‘Sayang Anak Ditangan-tangankan’ tapi kini ‘Sayang Anak Kini Ditatang-tatangkan’...Mungkinkah ini petandanya dunia di akhir zaman.. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Worldless Wednesday #2

Wordless Wednesday #2
Gambar untuk Rabu ini, 28 September 2011


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ingat nak try Virgin Coconut Oil...blogger-blogger yang pernah cuba tolong la komen.

pic by google

           Khasiat Virgin Coconut Oil

Ni Yang Chef Erra Baca Pasal Khasiat Minyak Kelapa Dara 
atau 
VCO (Virgin Coconut Oil)


KECANTIKAN LUARAN
  • membantu megurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik
  • menghasilkan tenaga segera
  • jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk megurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus
  • mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dematitis
  • melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet

KESIHATAN DALAMAN
  • meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
  • memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin2 dan asid amino
  • melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis
  • mengurangkan stress pada pankreas dan sistem2 enzim dlm tubuh
  • meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium utk tulang dan gigi yg kuat. ia juga melindungi diri dari serangan osteoprosis
  • mencegah risiko sakit jantung
  • mencegah atherosclerosis dan strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi

MENINGKATKAN DAYA TUBUH BADAN
  • membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh dari kanser payudara, kanser colon dan kanser rahim
  • berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan radang kronis
  • melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif
  • meredakan gejala2 yg dihubungkan dgn pembesaran prostat
  • mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing
  • membantu mencegah sakit liver dan memiliki kandungan kalori yg lebih rendah berbanding lemak2 yg lain.

MEMBUNUH VIRUS, BAKTERIA & KULAT
  • membunuh virus yg menyebabkan mononucleosis, influenza, Hepatitis C, cacar air & herpes
  • membunuh bakteria yg menyebabkan pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis & gonorrhea
  • membunuh kulat yg menyebabkan candida, jock itch, kadas & infeksi yg lain
  • membunuh cacing pita, lice, giarda & parasit

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kasih Ibu Kasih Sejati,Kasih Yang Tiada Galang Ganti..

      SELAMILAH KISAH INI...


Si ibu merangkak dari tepi sebelum 
menyambar anaknya yang hampir jatuh

Ibunya tiba di tebing lurah itu bersama tiga
singa betina yang lain dan seekor singa jantan

Ibu singa ditebing lurah sementara
anaknya dibawah

Si ibu merangkak dari tepi sebelum menyambar 
anaknya yang hampir jatuh

Ibu singa menggonggong anaknya naik
ke atas semula

Si anak dijilat ibunya selepas berjaya
diselamatkan.

 Kasih Ibu Selamatkan Anak...
Episod di atas telah dipaparkan dalam akhbar harian metro, selasa, 27 september 2011.
Dalam keadaan nyawanya terancam selepas jatuh di lurah yang curam, anak singa ini mengharapkan bantuan yang dapat menyelamatkannya daripada maut.

Ibunya tiba di tebing lurah itu dengan tiga singa betina dan seekor jantan. Keempat-empat singa betina itu meninjau ke bawah tetapi berundur kerana bimmbang dengan kecuraman lurah itu. Akhirnya, satu-satunya faktor yang menentukan siapa diantara mereka yang sanggup menggadai nyawa untuk menyelamatkan anak singa malang itu ialah kasih sayang ibu.

Dengan perlahan dan penuh dengan kesukaran,singa berkenaan menuruni bukit, menuju kearah si anak, menggunakan kukunya yang kuat untuk mencengkam tebing yang curam itu. Andai kata dia tergelincir, ibu dan anak singa iti pasti terjatuh ke dalam gaung dan mati.

Ketika anak singa itu yang keletihan hampir jatuh, si ibu mengelilinginya dari bawah dan menyambar  dengan rahangnya. Ibu singa itu kemudian memulakan pendakian yang sama mencabar. Beberapa minit selepas itu, mereka tiba di atas dan dia mententeramkan si anak yang kelihatan masih ketakutan dengan menjilat kepalanya.

Gerakan menyelamat itu yang dirakam oleh jurugambar hidupan liar, Jean-Francois Largot, di Taman Hidupan Liar Masai Mara, Kenya... sungguh-sungguh menyedarkan kita sebagai manusia yang marcapada (masa kini) begitu jauh dari sifat sayang-menyayangi dan kasih-mengasihi terutama dalam konteks hubungan kekeluargaan antara ibu-anak, adik-beradik, sedara-mara, 
jiran-tetangga.

 Tidak melampau jika Chef Erra nyatakan di sini, manusia telah lama melupakan sifat fitrahnya
sebagai manusia yang ingin dikasih dan mengasihi, malah mengambil-alih sifat binatang, sementara
binatang pula dilihat lebih matang dan mengerti tentang erti kemanusiaan....
PELIK TAPI BENAR
     

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RASAILAH KELAZATAN YANG TIDAK TERKATA INI


KEK ISTIMEWA UNTUK BERJAYA


BAHAN-BAHAN:

Buku secukupnya (mengikut selera)
·       Sebuah ketekunan (diparut)
·       Kerajinan
·       4 hiris keinsafan
·       5 keping kasih sayang
·       Sedikit dendam dan hasad dengki (ditumbuk hingga hancur)
·       Beberapa potong doa
·       Secebis kemalasan (digoreng dan ditumbuk halus)
·       Segenggam harapan
·       1/3 cawan air mata
·       Semangkuk azam
·       Sekuntum senyum (untuk hiasan)



CARA-CARA MEMBUATNYA:

·       Buku dipotong 5, dibasuh dan ditoskan.
·       Gaulkan buku dan azam...
·       Biarkan hingga keduanya mesra.
·       Ketekunan diperah untuk dijadikan satu kesungguhan dan dua usaha.
·       Keyakinan, kasih sayang, nasihat, doa dan harapan digaul bersama.
·       Tapiskan air mata, tumiskan keinsafan, goreng hingga naik baunya dan sehingga menimbulkan kesedaran.
·       Kemudian masukkan bahan yang telah digaulkan tadi, kacau dengan pemikiran yang baik dan sempurna.
·       Masukkan pula buku dan usaha. Didihkan.
·       Masukkan pula kerajinan dan malas yang digoreng dan ditumbuk halus serta dendam dan hasad dengki yang telah dilumatkan.
·       Akhir sekali masukkan keinsafan,kesungguhan dan beberapa ketakwaan.
·       Bila sudah masak (Berjaya) rasakan kelazatannya (hasilnya)
·       Masak lagi sehingga empuk (pandai),kemudian angkat.
·       Bila sudah sejuk,hidangkan dengan kesyukuran dan hiasilah dengan doa dan sekuntum senyum diberikan
·       Rasailah dengan penuh penghayatan dan kejayaan.

P/S: resipi ni chef erra tujukan khas buat adik-adik yang nak ambik periksa tak lama lagi cam PMR, SPM, STPM.. kalau 100% ikut resepi ni, chef erra gerenti la u all boleh Berjaya, insyaallah.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS